Kehidupan awal dan pendidikan Nikolai Patrushev

Dilahirkan pada 1951 di Leningrad (kini Saint Petersburg), Patrushev merupakan anak kepada seorang pegawai Tentera Laut Soviet yang juga ahli Parti Komunis Kesatuan Soviet.[4] Beliau lulus dari Institut Pembinaan Leningrad [ru] pada 1974, dan pada mulanya beliau bekerja sebagai seorang jurutera di biro reka bentuk pembinaan pangunan institut berkenaan, tetapi tidak lama kemudian, pada 1975, beliau telah direkrut oleh KGB.[5]

Beliau menghadiri kursus perisikan dan keselamatan di Sekolah KGB di Minsk, dan kemudian di Sekolah Tinggi KGB di Moscow (Akademi FSB pada masa kini).[4] Selepas itu, beliau menjadi pegawai keselamatan KGB di bandar Leningrad, dan akhirnya menjadi ketua unit anti-penyeludupan dan anti-rasuah KGB tempatan.

Rujukan

WikiPedia: Nikolai Patrushev http://www.foreignaffairs.com/articles/66549/andre... http://www.kyivpost.com/content/kyiv-post-plus/rus... http://txt.newsru.com/russia/06nov2007/imperia.htm... http://eur-lex.europa.eu/legal-content/EN/TXT/HTML... http://neweasterneurope.eu/2018/08/13/russias-come... http://isni.org/isni/0000000051709301 http://russiaprofile.org/bg_people/resources_whois... //www.worldcat.org/issn/0362-4331 http://www.fsb.ru/fsb/history/leaders/single.htm!i... http://www.gazprom-neft.ru/company/management/mana...